Sunday, June 6, 2010

The Moment of Truth (Long Entry Ahead)


Alhamdulillah... masuk hari ke 21 berpantang. Dah rasa sihat skit.. sementara Umar tido ni, bleh la update cerita pasal detik2 melahirkan Umar ke dunia ni. Here we go..

17 May 2010 (Isnin)

6.00 petang

Hari ni masuk hari ke-4 ciknad overdue dan dah 8 hari ciknad melepak kat rumah tunggu masa nak bersalin. Petang tu masa incik suami balik keje, ciknad ajak dia pegi jumpa gynae, just nak scan nak tengok keadaan baby sebab baby dah gerak sikit2 je.. plus nak tau berat dia berapa. Ye la.. takut jugak kalo baby besar2 sangat. Petang sebelum nak gi klinik tu, ciknad tgh siapkan makanan untuk incik suami bukak puasa. Tengah dok siapkan tu dia dah sampai bawah rupanya, tergopoh2 ciknad siapkan makanan dan cepat2 turun tangga, nak kejar masa takut tak sempat nak balik rumah semula sebelum maghrib. Sampai kat klinik, masa cek tekanan darah, doktor tanya kenapa darah ciknad naik? Bacaan masa tu 159/100 which is sangat tinggi. Doc suruh baring nak scan baby.. dan cek bukaan skali. Adehh.. ni yg tak suka ni. Masa scan keadaan baby ok. Tapi kepala baby doc cakap engaged tak cantik lagi. Dalam 5 bahagian, baru masuk 2 bahagian. Berat doc anggarkan dalam 3.3kg. Doktor pun seluk nak tengok dah ada bukaan ke tak. Adoii.. tah pape dia godek2 dalam tu, katanya dah ada bukaan 1cm. Lepas tu kena cek balik tekanan darah, dah normal dah.. 126/87. Tapi doc advise suruh pegi spital malam tu sebab dah overdue 4 hari plus tekanan darah pun mcm tak stabil. Lalu doc pun buat la surat refer..

8.00 malam.

Malam tu bincang2 ngan incik suami, ciknad kata ciknad malas nak gi spital malam tu sebab tak sakit ape pun. Lagipun kalo nak kena induce, mestilah besok pagi baru diorang induce. Paling2 pun malam ni diorang tahan wad untuk pantau tekanan darah je. Malas lah.. Baik tido kat umah. Pegi spital besok pagi je. Malam tu ciknad balun makan nasik goreng USA ngan jus belimbing. Sedap gilos.. Lepas smayang isyak, ciknad noticed baby mcm asyik mengeras je. Perut menegang.. tapi tak rasa sakit pape pun.

12.00 tgh malam

Ciknad dah siap2 nak masuk tido. Time ni perut masih lagi dok mengeras. Tapi ciknad buat tatau je. Usap2 perut, cakap ngan baby soh dia dok diam2 kat dalam.. Ummi nak tido ni. Incik suami dah lama hanyut.. sian dia keletihan sebab puasa hari tu. Tapi sebelum tido tu ciknad ada bgtau dia perut asyik mengeras je, rasa tak selesa. Dia kata takpe, besok pagi kita pegi spital kita check. Ciknad pun tido la dalam keadaan perut mengeras dan tak selesa tu.

18 May 2010 (Selasa)

2.00 pagi

Tengah2 tido tu, tiba2 ciknad rasa mcm ada satu tendangan yg kuat dalam perut sampai ciknad terjaga. Time tu ciknad rasa cam sakit perut nak buang air, so ciknad pegi toilet. Lama dalam toilet, rasa cam nak buang air besar, tapi bila teran taknak kuar plak. Tetiba perut mengeras, skali lagi rasa cam nak buang air besar, tapi bila teran tak kuar pape. Terus terpikir dalam kepala "Ishh..aku ni dah nak bersalin ke?" Ciknad bangun dari toilet bowl tu tiba2 rasa mcm ada benda keluar. Tengok2 rupanya ada lendir jernih skit yg keluar. Terus ciknad pegi bgtau incik suami, kata dah ada lendir kuar.. Mak cakap kalo ada lendir kuar tu dah dekat nak bersalin. Dia tanya ciknad, nak gi spital skarang ke? Tapi sebab sakit dia tu mcm bleh handle lagi, ciknad kata takpelah.. tunggu besok pagi je lah.. Ciknad pun baring semula.

2.45 pagi

Time ni perut rasa memulas tiap 10-15 minit.. memang dah takleh tahan. Tengok incik suami tgh syok berdengkur, tak sampai hati plak nak kejut dia. Tapi dah tak tahan sakit, terpaksa kejut jugak. Bgtau dia nak pegi spital skarang sebab dah sakit kerap2. Dia pun terpisat2 bangun, cepat2 pegi basuh muka n tukar baju. Ciknad pun tukar baju, pakai pad siap2. Masa bangun dari kerusi nak ke pintu rumah, rasa mcm ada air yg banyak mengalir kuar. Sah.. air ketuban dah pecah. Tapi time ni dia kuar tak banyak. Nasib baik dah pakai pad siap2. Turun tangga slow2 je sebab nak angkat kaki pun dah rasa sakit masa ni. Sepanjang jalan ke hospital tu lutut ciknad menggigil2 tahan sakit.

3.30 pagi

Tiba di Unit Kecemasan, Hospital Pusrawi. Attendant yg tunggu kat depan tu nampak ciknad kuar dari kete, cepat2 dia sorong wheelchair. Heh.. merasa aku naik wheelchair utk pertama kali dalam hidup. Haha. Sepanjang urusan kat kaunter tu, lutut ciknad tak abis2 menggigil. Selesai urusan kat kaunter, ciknad terus ditolak ke labour room. Sampai kat labour room, nurse suruh tukar baju spital. Elok je nak melangkah dari wheelchair ke katil, skali lagi air ketuban mengalir kuar. Kali ni banyak. Sampai lencun pad tu. Nurse suruh baring untuk cek bukaan. Adeh.. kena seluk lagi. Katanya dah terbukak 3cm, jap lagi kol 4.15 dia datang balik buat CTG utk tengok keadaan jantung baby dan juga kekerapan contraction. Time ni sakit still maintain dalam 10 - 15 minit skali.

4.15 pagi

Nurse datang buat CTG untuk 1 jam. Layan je bunyi jantung baby tu dengan tengok graf contraction naik turun. Incik suami kat sebelah dah tersengguk2. Sian dia. Ciknad plak tiap kali contraction datang, ciknad tarik nafas dalam2 dan baca doa Nabi Yunus tu. Kaki tak brenti menggigil. Mcm parkinson dah. Mcm2 ayat la ciknad baca. Kol 5.15 pagi skali lagi nurse datang utk bukak alat cek CTG tu. Dia kata contraction dah kuat. Tapi untuk anak pertama ni biasanya bukaan dia 1cm untuk 1 jam. Kalo dikira2, bukaan ciknad dah 3cm, means ada 7 jam lagi la nak cukupkan 10cm? adoi.. Nurse dtg antar sarapan dan offer kalau2 ciknad nak mandi. Ciknad teringat pesan mak, kalau dah start sakit, pegi mandi.. bleh kurangkan skit rasa sakit tu. So ciknad pun mandi la kat bilik air dalam labour room tu. Sudah mandi, orang dah azan subuh, so ciknad sempat la semayang subuh pagi tu. Semayang atas kerusi. Spanjang semayang tu tak rasa sakit, elok je kasi salam yg last, rasa memulas tu datang lagi. Cepat2 ciknad pegi baring kat katil. Duduk la ciknad kat situ layan contraction.. Tiap kali sakit, ciknad genggam tangan incik suami kuat2. Mulut tak henti2 dok istighfar.. baca ayat tu.. baca ayat ni.. sakit wehh..

8.30 pagi

Time ni contraction dah mula rasa tiap 1-2 minit skali. Ciknad dah tak boleh handle. Sakit yang amat2 sangat sampaikan mulut ciknad dah terketar2 dah. Ciknad cakap kat incik suami dah tak boleh tahan.. ciknad nak epidural. Incik suami suruh tahan, tapi ciknad cakap tak boleh dah.. dah nak menangis dah masa ni. So dia pun kuar dari labour room tu pi cari nurse cakap ciknad nak epidural. Tak lama lepas tu nurse datang cek bukaan, katanya dah bukak 4-5cm.. boleh amik epidural sebab kalau bukaan lebih dari 5cm, dah tak boleh amik dah. Lega rasa. Nurse siap2kan peralatan untuk jab epidural tu.

8.55 pagi

Pakar bius datang untuk cucuk epidural kat tulang belakang. Dia suruh ciknad mengiring, dan peluk bantal mengerekot cam udang. Lepas je dia cucuk, dalam masa 10 minit terus tak rasa sakit dah. Ciknad still rasa contraction, tapi tak sakit. Time ni dah bleh gelak2 ngn incik suami dah. Tadi kemain lagi berkerut2 menahan sakit.

10.00 pagi

Dr Habibah, gynae ciknad datang. Datang2 je kena seluk. Tiba2 dia kata.. "Eh.. ini dah bleh teran ni... u tak rasa mcm nak meneran ke?" Rupa2nya bukaan dah 10 cm. Cepat gila.. dalam masa 1 jam bukaan dari 5cm terus ke 10cm lepas cucuk epidural. Padahal pagi tadi dari 3.30 sampai 8.30 pagi tu bukaan 1cm je. So doc pun suruh ciknad blajar meneran. Selain Dr Habibah ada lg 2 org nurse tlg ajar cemana nak teran and bg semangat. Rasanya mungkin disebabkan ciknad tak rasa gesaan nak meneran sebab dah cucuk epidural, so ciknad teran mcm tak bersungguh. Padahal rasanya dah teran abis2 dah. Ada la dalam 4,5 kali cubaan meneran.

11.15 pagi

Masih lg dok meneran. Dah sejam lebih dah tapi masih lagi tak berjaya. Dr Habibah dah godek2 dah kat bawah tu last2 dia kata "Wan, kita give up la eh? We opt for operation. Baby u ni kepala dia tinggi lagi. I tak berani nak vacum or forcep sebab kepala dia jauh dari permukaan servix u. Cemana?". Ciknad pandang incik suami, incik suami pandang ciknad. Last2 kitorang akur dengan cadangan doktor. Yang penting semua selamat. Lepas dah sign2 surat kebenaran semua, diorang tukarkan baju ciknad dan sorong ciknad ke OT. Sebelum masuk pintu OT tu, nurse suruh salam ngan incik suami. Sayu rasa bila dia cium dahi ciknad. Tatau la ape nasib ciknad kat dalam sana.

11.45 pagi.

Masa kat pintu OT, ciknad sempat tanya kat doktor pukul berapa skrg. Dia cakap 11.45. Memandangkan ciknad dah dibius dengan epidural tadi, so pakar bius dah tak payah bius ciknad skali lagi untuk proses c-sect just dia tambah dosage ubat bius tu je kat botol drip yang disambung terus ke tangan ciknad. Beza bius epidural ngan bius c-sect ni, bius epidural kita akan rasa kebas dari pinggang ke bawah, bila dicubit kita tak rasa sakit tapi kita masih boleh angkat kaki kita. Bius c-sect plak, kita akan rasa kebas, bila dicubit tak rasa sakit tapi kaki kita totally tak boleh angkat. Jam 11.55 pagi Doktor Habibah dah start toreh perut ciknad. At first dia kata kalau rasa sakit u jerit. Alhamdulillah... sepanjang proses belah2 perut tu ciknad takde rasa sakit sikit pun tapi bleh rasa diorang dok godek2 perut ciknad. Actually bleh nampak reflect dekat lampu OT tu apekebende yg dorang dok godek kat perut ciknad tapi ciknad tak berani nak pandang. Yang tak bestnya seminggu sebelum bersalin ni ciknad ada tengok video org kena bedah kat FB. So mmg terbayang sebijik2 apa yg dorang buat kat dalam video tu. Bunyi diorang gunting daging ciknad tu semua mmg jelas kat pendengaran. Ngeri ok..

12.10 tengahari

Terdengar tangisan pertama Umar. Doktor angkat dan tunjuk 'tut' dia kat ciknad. "Alhamdulillah.. Wan, tengok ni anak u lelaki.. ". Ciknad time tu dah tak dapat nak gambarkan cemana perasaan. Rasa nak menangis semua ada. Akhirnya.. si kecil yang dikandung selama 10 bulan dah berada depan mata. Doktor pass Umar kat nurse, and diorang teruskan dengan kerja2 membersih dan jahit semula perut ciknad yg dah digodek tadi. Time ni badan ciknad menggigil sangat2 kesan dari ubat bius. Ciknad bgtau kat doktor bius tu yg badan ciknad menggigil sampai takleh control. So dia tambah sesuatu dalam botol drip ciknad, tak lama lepas tu ciknad lalok dan terus tertido. Rasanya siap berdengkur kot? haha. Tapi masa tido tu still bleh dengar diorang dok sembang2 sambil jahit perut ciknad.

1.00 tengari

Ciknad disorong keluar dari OT. Kena kuarantin selama 1 jam untuk diorang cek tekanan darah. Badan still lg menggigil tapi ciknad bantai tido. Bayangkan je lah mmg 1 malam tak tido. Nurse siap tanya "Puan mengantuk ye?" huhu. Nurse balut badan ciknad ngan selimut tebal dan dalam pukul 2 baru ciknad dihantar ke wad. Tekak haus sangat2 tapi ciknad tak dibenarkan minum or makan. Kena tunggu 6 jam. Dah petang tu baru la dapat minum air tu pun nurse suruh try minum seteguk dulu sebab takut ciknad muntah. Alhamdulillah.. lepas operation tu ciknad takde mengalami sebarang komplikasi. Bed ridden 2 hari takleh turun katil sebab ada drip kat tangan dan jugak tiub urine. Mandi pun nurse mandikan kat katil. Huhu. Hari ke 4 dah discharged, terus gerak balik JB. Alhamdulillah Umar pun sihat takde kena jaundice.

Hari ni, hari ke 21 berpantang. Seronok dah ada anak tapi kena banyak bersabar. Jadual kita dah kena ikut jadual si kecil. Time dia tido baru bleh nak urus hal diri sendiri. Tido malam yg lena? Nehi nehi.. dah takde dalam kamus hidup dah skrg ni. Haha. Takpelah, demi membesarkan anak yang dikandung selama berbulan2 ni, ape saja untuk dia, ciknad sanggup je. Tapi skrg ni dah mcm paranoid pulak bila pikir nanti dah abis pantang nak kena antar dia kat babysitter. Tak sampai hati rasanya. Tapi apa boleh buat? Ikut hati nak brenti keje je dan jaga Umar sepenuh masa. Tapi tak boleh..

Ok tu je la serba sedikit pengalaman ciknad melahirkan Umar ke dunia ni. Tak sangka akhirnya kena c-sect. Umar terlalu selesa kat dalam perut ummi ni sampaikan dah overdue 5 hari, jalan dah terbuka 10cm tapi dia masih refuse nak keluar. Sampai doktor kena keluarkan dia. Hehe. Semoga Umar menjadi anak yang soleh.. Itu je harapan Ummi..


Ni ha.. budak yang suka lepak lama2 dalam perut ummi dia.
Umar di hari ke 20 kelahirannya :)

5 comments:

eima said...

aku mmg tgu² entry dr ko ..
nk tau gak bila yg ko bersalin ...
camtu rupenye cite nye ...

amoboi umar sronok ek ..dok dlm peyut tak mo kuar ...
kat luar la besh .... bleh dera mama awak mlm² ajak main ...

ZilaKE said...

Nad..tahniah!cerita u ni wat i ready utk bersalin nnt..weekend lepas dgr pengalaman dari Ad(wife syafiq)..so kite tgg je la giliran bby dlm perut i ni kuar lak..hihihi

sw337un73j4 said...

Nadd...congratsss..haihh cik tun masok sini baru taw ko dh beranak dik non uitt..bacer stoli pat atas tingat balik nostalgia masa deliver anak cik tun dulu..camtu la lebey kurang feeling dia..takut, sakit tp bila tgok muka baby, hilang semuanya..bahagia jer rasa kan kan :))

Reen said...

ciknad, sme la kt bersalin czer.. sedih tp tu je jln yg ade..

umar da bsar ye.. makin comel ha
baby skang sume cute muit eh.. geram je..

cik aje said...

baru nak intai2 blog ni.. apepun..tahniah ngan kelahiran Umar..