Wednesday, May 18, 2011

12 purnama sudah berlalu..

.. dan hari ini Umar bukan lagi seorang bayi. Umar dah jadi seorang kanak-kanak. Anak Ummi dah besar!

Aku tak pernah membayangkan aku akan berasa sedih pada hari ulangtahun Umar yang pertama. Padahal dah banyak hari aku berkira2 untuk buat comeback kat blog ni, sempena setahun kelahiran Umar. Nak recap balik semua perkembangan Umar sepanjang hampir 8 bulan aku tinggalkan blog ni. Tapi bukak je blog ni tadi dan terpandang saja birthday ticker di sebelah kanan tu, terus hati jadi sayu. Dah besar dah anak aku..

Ingat lagi dulu hari2 terawal bersama Umar, aku kekok.. aku takut.. aku tak tahu macamana nak kendalikan seorang bayi kecil sebab seumur hidup aku, aku tak pernah jaga baby dan kalau diikutkan, aku bukanlah seorang yg suka sangat dengan budak2. So pengetahuan aku tentang bayi adalah zero. Ingat lagi malam2 aku tersengguk2 bangun susukan Umar. Tiap kali dia menangis aku panik. Tapi itu dulu... 12 bulan yang dulu. Sekarang dari cara dia menangis je, aku dah tau apa dia nak. Heh.

Umar masa umur 3 hari. Tido dan nangis je yg dia tau.

12 bulan Allah amanahkan Umar pada aku untuk dijaga, Alhamdulillah aku boleh kata Umar adalah seorang bayi yang sangat2 senang dijaga, x banyak kerenah, xde menangis melalak tak tentu pasal. Umar anak yg baik. Mungkin Umar tau ayah jauh, hanya ada Ummi sorang je untuk jaga dia, so Umar sangat behave. Sepanjang setahun jaga dia, hanya sekali je Umar meragam sepanjang hari sebab kembung perut. Tu pun sebab Ummi bongok memalam buta minum coke satu cup besar, pastu breastfeed anak. Dek kerana bongoknye mak, anak jadi mangsa. Sian anak aku.. huhu.


Sepanjang setahun ni, 3x Umar demam. Kali pertama Umar demam masa umur dia 5 bulan. Risaunya hanya Allah yang tahu. 5 hari Umar demam, mmg aku tak tdo malam. Setiap jam monitor suhu dia. Bila dia muntah sampai takleh bernafas, aku panik gila sampai aku pun sama2 nangis ngn Umar. Takutnya masa tu. Dah la sorang2 jaga anak. Sekarang kalau anak demam, aku dah tau apa nak buat. Aku dah tau ubat apa yg perlu dan tak perlu aku bagi. Aku dah tau macamana cara terpantas untuk turunkan suhu badan anak. Terus naik pangkat jadi Misi Peribadi kepada Umar :p

Kali pertama demam..

Dan Alhamdullillah juga, sepanjang 12 bulan Umar hidup di muka bumi ni, Allah masih murahkan rezeki susu ibu untuk Umar. Umar masih lagi menyusu badan sepenuhnya. Alhamdulillah.. aku bersyukur sangat dan sebenarnya aku tak sangka pun aku mampu menyusukan Umar hingga tahap ni. Target aku dulu nak menyusu badan masa dalam pantang je, bila dah keje aku nak bg dia susu formula. Aku bukannya rajin nak pam2 susu ke ape. Pada aku macam menyusahkan. Tapi tu lah kan.. bila dah ada anak, dengan sendirinya kita akan berusaha demi yg terbaik untuk dia. Aku jadi tak kisah tiap hari turun naik lrt dengan mengendong beg berat berisi breastpump. Tiap hari berusaha pam susu untuk Umar hinggakan aku sanggup bangun tgh2 malam semata2 nak mengepam. Hebatnya penangan seorang anak.. aku tak tau la kalau aku takde anak, tak mungkin aku boleh jadi serajin ni.

Stok susu suatu masa dulu. Skarang mmg harapan je la nak dapat stok banyak camni tapi Alhamdulillah, masih cukup untuk menampung keperluan Umar

Sesungguhnya menjadi ibu telah menjadikan aku seorang yg lebih baik dari aku yang dulu. Setiap hari bila bangun dari tidur, aku berharap aku menjadi ibu yang terbaik untuk Umar, yg dapat memberikan hanya yg terbaik utk dia. Jika ditawarkan segala harta benda dan keseronokan di dunia ini untuk ditukar dengan Umar, aku tetap pilih Umar, kerana Umar adalah harta paling berharga yg aku pernah ada.

Umar.. tiada apa yg Ummi harapkan di hari kelahiranmu, selain dari Umar membesar dengan sihat dan sempurna. Menjadi anak yang elok akhlak dan akidahnya. Menjadi anak yang soleh. Itu doa Ummi setiap hari. Teruslah membesar sayang.. menjadi insan yang berguna, penyejuk mata, pendamai di hati, pengikat kasih ayah dan Ummi. Selamat Ulangtahun yang pertama, anakanda Umar.. Ummi sayang Umar :)

Superman kecil Ummi.. Always be my baby :)






6 comments:

yaya|azura said...

Alhamdulillah. Umar membesar dengan jayanya. Moga terus membesar dengan sihat dan cergas. Sesungguhnya bila dah ada anak sendiri ni baru nak sedar betapa besarnya pengorbanan seorang ibu kan? :)

NaD said...

betul tu cikyaya. selagi kita tak lalui, kita takkan tau pengorbanan ibu kita.

AQisH said...

epi belated besday umar..wahh dah besar muka ada iras2 tokwan laa ;)

NaD said...

tq aunty ct. nama pun cucu tokwan. hehe

Fahreen_Fredo™ said...

Masyaallah comel sangat umar! haa baru sekarang ummi nak update yek! heppp! lambat no update blog taw!

umar, selamat ulangtahun yang pertama sayang!!

c Manis dyLa said...

best nye kak wan dh x pjj lg... :)
tata pn tgh menanti detik, menghitung hari nk sebumbung ngan hubby n adam... :))