Seperti yang semua sedia maklum aku ni mmg sejak kawin duduk berjauhan ngan suami. Dari tak pregnant, dah pregnant, dah bersalin, anak dah masuk setahun pun masih lagi berPJJ ngan encik suami. Jumpa time hujung minggu je. Dulu2 masa baru kawen, mcm tak kisah sangat duduk sorang, sebab takde ape sangat nak pikir. Bangun tido, siap2 pegi keje. Balik rumah tengok tv, ngantuk masuk tido. Ulang balik keesokan harinya.
Start pregnant, aku dah mula risau. Takut sangat kalau time morning sickness teruk2, aku tak larat ke, pitam ke. Dah la dok sorang2, kalo pengsan cemana?? Tapi Alhamdulillah, mungkin jugak Allah mendengar doa aku setiap hari, makanya sepanjang pregnant aku tak penah demam or sakit yg teruk. Sakit mengada2 biasalah. hehe. Dan Alhamdulillah jugak, elok je lagi 2 minggu nak bersalin, encik suami habis projek kat Melaka. Makanya balik la dia ke pangkuan isteri yang bila2 masa je nak meletop.
Tapiiii.. lepas seminggu kelahiran Umar, titiba encik suami dapat offer job kat Terengganu. Nak tolak, rezeki. Oleh itu dengan separuh hati tertinggal di JB dan separuh lagi dibawa ke Terengganu, encik suami meninggalkan kami anak beranak yang ketika itu masih lagi dalam kem berpantang kat JB. Habis pantang, baliklah kami ke rumah kecil tingkat 4 di Kuala Lumpur dan bermulalah kehidupan aku sebagai mak beranak satu yang menjaga anak seorang diri pada weekdays.
Sejak itu, rutin pun bertukar. 4 bulan pertama, Umar dijaga oleh ciksu yg duduk sekali ngan aku. lepas 4 bulan, ciksu start keje dan Umar dihantar ke rumah pengasuh yang duduk dekat tingkat 1. Masa ciksu duduk ngan kitorang, ringan la jugak tugas seharian aku sbb ada orang boleh tengok2 kan Umar time aku nak mandi, nak solat dan sebagainya. Tapi sejak 2 bulan lepas, ciksu membuat keputusan untuk brenti keje dan memulakan bisnes sendiri kat JB. Maka tinggallah aku ngan Umar dua beranak kat rumah. Awal2 memang haru biru jugak lah.
Rutin bermula seawal 6 pagi. Bangun tido, perkara pertama ialah capai periuk, cuci beras dan masak bubur Umar. Lepas tu baru la mandi, solat dan bersiap. Kalau nasib tak baik, Umar akan menjerit dari dalam bilik bila dia tersedar takde org sebelah dia. Nasib la kan kalo time tu tengah mandi ke, terpaksa lari keluar dari bilik air. Tu pasal tiap kali mandi pintu bilik air kena bukak sipi2 untuk standby dengar kalau2 dia menangis. Memang pentakut betul anak aku nih.
Pastu dalam kol 6.30 camtu, kalau sempat pam susu, pam susu dulu sementara tunggu bubur siap. Bahan2 untuk bubur mmg dah prepare siap2 malamnya so tinggal campak2 je. Siap masak bubur atas dapur, kemas beg Umar, masukkan termos bubur, make sure segala botol dan ebm dah ada dalam beg. Kalau Umar tak bangun tido lagi, cepat la siap prepare2 barang. Kalo dia bangun, terpaksa la layan dia merengek nak menyusu la, nak berdukung la. Kadang2 mencabar kesabaran jugak nak2 lagi bila tengok jam dah nak dekat pukul 7 tapi aku ni tak siap2 lagi. Pernah jugak pagi2 time Umar menangis, ngan aku2 skali nangis sebab time tu dah pukul 8, yg aku ni mandi pun belum. Kes bangun lambat. haha.
Ok, lepas dah kemas beg Umar, kemas beg aku n make sure sume ice pack n alat pengepaman dah masuk dalam cooler bag, time utk tukar diaper Umar sblm antar dia pegi rumah pengasuh. Time ni biasanya dah jam 7.30 pagi. Berondoh-randah aku pagi2 dengan kendong Umar dalam baby pouch, beg Umar lagi, backpack aku lagi, turun dari tingkat 4. Kadang Umar dah bangun, kadang dia tido lagi. Kalo dia tido lagi cepat skit keje. Dapat la kuar rumah awal skit. Lepas antar kat rumah pengasuh, jalan kaki naik tren terus sampai ofis.
Totet totet kat ofis dari jam 8 pagi sampai 5 ptg, masa untuk balik rumah dah amik Umar kat rumah pengasuh. Haaa time ni adalah paling mencabar sebabnya dengan beg kiri kanan bahu dan menggendong anak yg berat dekat 10kg tu, aku kena panjat naik sampai tingkat 4. Kadang bila dah sampai depan rumah tu rasa nak pengsan pun ada tapi bila tengok anak dok tersengih2 dalam baby pouch tu, ilang skit penat mak ni haa...
Sampai rumah, memang takleh buat ape dah, perkara pertama sekali kena breastfeed Umar dulu. Almaklum dah seharian kena minum botol je kan, haruslah gian. Haha. Dah puas dia menyusu ngan macam2 aksi tertonggeng terlentang semua ada, baru la aku blh pegi simpan ebm dalam fridge, tukar baju n kalau rajin, sapu2 rumah dan kemas ape yg patut sementara Umar tgh main toys dia or tgk tv. Kalo malas mmg terlentang depan tv ngan Umar la jawabnya. Dalam kol 7pm, time tu dah ada slot Indahnya Iman kat Astro Oasis, baru la aku bleh pegi mandi. Time ni konfem Umar tak kacau sbb dia akan ralit dengar zikir kat tv tu. Nasib baik la dia suka dengar zikir ni so kalo nak mandi n solat sume mmg takde masalah sebab slot ni kuar time dekat nak masuk waktu solat.
Sudah solat maghrib, kalau lapar, aku goreng la ape2 yg ada dalam fridge tu, sosej ke nugget ke cekodok ke. Kalau rajin buat la nasik goreng tapi kena tengok mood Umar jugak. Kalau dia baik, boleh la masak yg beria skit. Kalo tak, setakat goreng2 je la. Tu pun kadang petang sblm balik rumah aku dah tapau dinner siap2 kat ofis. Takyah nak basuh kuali senduk semua.
Dalam kol 10, biasanya Umar dah merengek nak tido. Lepas tidokan dia, baaaaaru la ada masa untuk diri sendiri. Biasanya aku solat Isyak lepas Umar dah tido. Then baru la cuci botol2 susu Umar n lepas tu browse Internet, blogwalking belek tu belek ni, cuci2 mata kat blogshop. Sambil2 tu pam susu untuk buat stok. Kalau ada citer best kat tv, bleh layan sambil lipat kain gunung everest yg memang sepanjang masa ada sebeban atas sofa tuh. Aktiviti melipat kain hanya boleh dilakukan ketika Umar tido ye puan2. Kalo tak mmg tak aman la nak melipat kain sebab dia akan kumbah balik kain2 yg dah dilipat tu.
Bila jam dah nak dekat pukul 12, sblm masuk tido aku akan make sure bahan2 untuk masak bubur Umar dah siap2 dibasuh, dipotong dan disimpan elok2 dalam fridge. Dah settle segala benda, cek semua pintu dah kunci ke belum lalu pergilah tido berpelukan bersama anak tersayang. Dan rutin pun berulang kembali pada jam 6 keesokan paginya...
Haaaa gitu la kehidupan seorang ibu tunggul cam aku ni. Kadang rasa jeles je ngan orang yg hari2 suami ada kat rumah, boleh share buat household chores sama2. Kalau kita tengah masak suami boleh tengokkan anak, ni semua kena buat sendiri. Time management sangat2 la penting dan kena bijak mengatur masa. Tapi kadang2 best jugak jadi ibu tunggul sebabnya takyah pening2 pikir balik keje nak masak ape utk dinner, rumah bersepah pun takde org nak bising ikut suka ati kita nak kemas ke tak. haha. Untuk aku yg pemalas ni mmg la suka tapi takkan la kita nak idup dalam sampah dan habuk plak kan. Lagi2 yg ada anak kecik yg suka jilat lantai cam anak aku ni. Haha. So kalau tak dapat nak mop pun, dapat sapu rumah ari2 pun dah kira baik. Keje mop2 dan sental2 ni kita buat di hujung minggu je..
Bila direnung2 balik, aku sendiri pun tak percaya aku mampu lalui dan buat semua ni seorang diri. Being me, aku ni mmg terkenal la dalam family sbg seorang yg tak berapa nak rajin. haha. Aku ni anak yg manja, semua benda org tlg buatkan. Dulu2 masa zaman remaja aku penah menangis sbb mak suruh lipat kain. Malas tak malasnye haku. hahaha. Tapi dah jadi mak ni, dengan sendirinya kita jadi rajin, walaupun kadang rasa terpaksa. Demi anak, kita buat jugak. Begitulah kehidupan..
Tapi kan... tapi tapi tapi... rutin ni akan jadi sejarah dah pada aku sebabnya minggu ni, encik suami dah start keje kat KL. Yipppyyyyy!!!! Alhamdulillah sangat2 Allah murahkan rezki kami, dapatlah encik suami bertukar kerja yg lebih baik dan luckily keje dia tu based in kl. Syukur Alhamdulillah..
Saja aku coretkan diari kehidupan seorang ibu tunggul ni kat blog utk kenangan aku di masa depan. Hehe. Pada ibu2 yang jaga anak sorang2 di luar sana, jangan give up. Kita mesti boleh buat punya. Dan sentiasa la berdoa moga Allah dapat satukan family kita dan hidup bersama setiap hari. InsyaAllah... :)





3 comments:
ye, ciknad sangat cekal. eh, ingatkan last entry tu ada pic ciknad dgn umar.. takde rupanya.. ;)
suspect lah deqno...sibok2 pon smpt lg ushar blog..cm aku ni lg mls nk msk blog2 nie..maklumlah anak dh 2...sibok btmbh2..btw...ur story so nice la beb...i like...mmg cmtu lh kehiduan seorg ibu kn...bl xd suami di cc lain ceritanye, bl ada di cc lain plak crtnye nt yea..apa yg pnting pngalaman yg kita timba tu..xkan dpt kt lain, dr kita sniri jgk yg create mjadikan hidup ini lebih indah...dgn pgalaman2 yg xdpt kt lupakan...as a mother...
ai sedih lah yu... rindu time duduk dengan kak di KL.. rindu menyakat umar.. gomol2 dia. Melayan kerenah umminya yang nak pegi sana sini. Kenangan indah. Semoga Kehidupan kak bersama abamiiru, Umar sentiasa dirahmati dan diberkati oleh Allah.
Post a Comment