Friday, November 11, 2011

12 goin on 13 :)

Salam Jumaat!

Asyik bertangguh je nak update. Haha. Mmg takleh nak istiqamah la dalam mengupdate blog ni. Mood takda mari. Tambah plak dengan kemalasan melampau sejak berbadan dua ni, lagi la bersawang blog ni ha..

Mari kita mulakan dengan perkembangan kandungan. Alhamdulillah, harini dah masuk 12 minggu 6 hari. Besok 13 minggu insyaAllah. Perut telah memunculkan dirinya sedikit demi sedikit. 3 bulan tapi Banyak baju kurung dah ketat. Terpaksa korek balik baju2 kurung yang lama yg besar2. Lebih selesa pakai jubah ke pejabat sebenarnya. Ala, keje pun tinggal 2,3 minggu je lagi lepas tu bye2 DBKL. Saya selepas ini adalah seorang SAHM. hehehe. Nanti bab SAHM tu kita citer kemudian.

Aku perasan pregnant kali ni muka aku comot sangat2. Banyak jerawat kecik2 naik kat dahi ngan pipi. Pastu kulit bahagian sekitar hidung dan dagu jadi kering dan menggelupas sampai kat bawah dagu ada satu patch besar warna kehitaman sebab aku tenyeh kat situ kuat sangat. Sumpahh boring nak tengok cermin sbb muka comot. Ramai plak yang kata kalau muka mak tak berseri maybe pregnantkan anak pompuan. Masa pregnantkan Umar dulu muka mmg takde masalah langsung, bersih je muka walaupun dekat setahun aku tak cuci muka guna facial wash sebab tak suka bau dia. haha. Tah la.. lelaki ke perempuan aku tak kisah asalkan dia sihat :)

Umar dah officially bukan exclusive breastfeed child lagi. Sejak kandungan masuk 8 minggu susu adalah sangat2 kurang, pam kat opis 3x dapat 3oz je sedangkan keperluan Umar ialah 12oz sehari. Nak taknak dengan berat hati terpaksa bagi dia susu formula. Umar minum susu Ilham. Susu lembu dengan campuran badam, kismis dan kurma dan diterapikan dengan ayat Al-Quran 30 juzuk. Tapi walau macamanapun susu ibu tetap yang terbaik dan aku sedih sebab tak dapat nak teruskan niat fully bf sampai dia 2 tahun. Skarang walaupun dah minum formula dia tetap gak nak bf especially bila nak tido. Layankan aje la gian dia walaupun tau susu ada seciput je. Yang letihnya memalam kena bangun bancuh susu. Penat skit la sbb dulu pejam mata sumbat je pastu bleh sambung tido takde hal. haha. InsyaAllah bila adik dia dah keluar nanti nak tandem nursing both Umar n adik dia. Moga tercapai la hasrat murni tu insyaAllah.

Now nak cerita pasal resignation plak. Actually dah tender surat resign 3 bulan yg lalu. Last day ialah pada 2 Dec 2011 which is lebih kurang ujung bulan ni je lah sbb 2hb tu hari Jumaat minggu terakhir November. Aku buat keputusan nak resign ni atas sebab nak jaga anak dengan tangan sendiri. Aku rasa aku ni family type, aku mmg tak boleh nak harapkan orang lain jaga anak aku. Bukan tak percaya, tapi aku sentiasa risau. Bukan la nak kata aku jaga anak bagus sangat tapi bg aku org yg terbaik utk jaga anak kita ialah diri kita sendiri. Bukan tak sayang nak lepaskan keje kerajaan dengan gaji yg walaupun taklah banyak mana, tapi lepas la utk shopping benda mengarut tiap bulan. huhu. Aku percaya rezeki itu dari Allah, insyaAllah kalau kita usaha, kita akan dapat.

Setakat ni aku tak tau lagi nak buat ape bila dah dok kat rumah nanti. Ada jugak plan nak bernaga online tapi tengok dulu keadaan cemana. Sebab dengan keadaan aku yg semakin hari semakin memboyot tambah plak dengan Umar yang tengah melasak, aku takut aku tak dapat nak concentrate je nanti. Pastu kang besok2 si kecik ni dah keluar, lagi la nak handle 2 orang skali tak tau la sempat ke tak. Tengok la dulu cemana. Kalau nak berniaga online pun maybe aku akan jual baby stuff or barang2 penyusuan. InsyaAllah akan diteruskan niat berniaga online ni bila tiba masa yang sesuai. Walaupun tak bekerja, takkan la kita nak harapkan duit dari suami 100% kan. Nak jugak ada duit sendiri. Cam tak best je rasa kalau nak beli spender pun mintak duit kat laki. hahaha.

Ape lagik eh? Umar... Umar skarang ni sangat2 la aktif. Bercakap potpet potpet tapi dia sorang je yang paham. Bila diajar sebut perkataan dia akan ikut tapi lepas tu dia bantai balik cakap bahasa german dia tu. Gelihati kadang2. Alhamdulillah, Umar membesar dengan sihat dan selari dengan perkembangan kanak2 lain yang seusia dia. Kadang2 terbit juga rasa kesian dalam hati ni bila tengok dia, sebab soon dia akan jadi abang and perhatian pada dia akan berkurang dan beralih pada adik plak. Terfikir sendiri cepat sangat ke aku bagi dia adik? Tapi bila tengok dia main sorang2 takde orang layan, masa tu rasa mcm ok la sedang elok la aku pregnant sekarang, nanti dia ada kawan nak main. Lagipun by the time adik dia lahir, dia genap 2 tahun. Rasanya cukup dah tu waktu utk dia bermanja. Tak bermakna bila dah ada adik kita takkan pedulikan dia langsung. Anak tak kira berapa ramai pun kita tetap sayang semuanya dan akan berusaha beri yang terbaik untuk mereka.

Ok la rasanya banyak sangat dah menaip ni. Nak sambung buat keje plak. Berjumpa di lain entry, InsyaAllah. Nah tepek gambar Umar sekeping :-

Kejadian malam tadi. Umar is a happy child jika terjumpa botol bedak. Ni kes ummi lupa nak sorok botol bedak la ni. Merasa la ko mop lantai tengah2 malam. Kalau tak, bleh meluncur ski dalam bilik sebab lantai berdebu dek bedak yang ditabur habis sebotol. Hai lahh anakk...


2 comments:

yaya|azura said...

Yay! Cik Nad update belog. Rinduuu! Oh! Umar bangun tgh malam minta susu ye? Nasib Zara ni memang jenis tido terus sampai ke pagi kecuali tido mengganas. Huhuhu.

Hugs Cik Nad and Abg Umar.

NaD said...

bagusnya zara tak bangun malam mintak susu. Umar kadang 2x bangun nak susu. mungkin dia dah terbiasa dari dulu malam mesti nak menyusu. dia minum sikit je per feeding, 4oz je. tu pasal kerap mintak susu. hehe

muah2 kat zara frm abg umar :D